Saturday 10 January 2015

TEMA 2

TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN
KEPERLUAN BERKELUARGA
1.Keluarga merupakan asas atau terkecil yang membentuk sesebuah masyarakat.
2.Keluarga juga merupakan komuniti pertama yang mula dikenali oleh anak-anak.
3.Setiap anggota keluarga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan institusi keluarga.
4. Keluarga bahagia, berkualiti dan cemerlang dapat dilahirkan jika setiap anggota keluarga mengetahui tanggungjawab masing-masing.
5. Pelbagai cara boleh dipraktikkan bersama bagi mengukuhkan institusi keluarga.  Antaranya ialah
o   beriadah bersama, makan bersama.
o   meraikan hari istimewa bersama-sama.
o   Berkongsi suka duka bersama-sama.
o   Saling membantu dan bekerjasama sesama anggota keluarga dan lain-lain lagi.
6. Keperluan berkeluarga boleh dilihat dari tiga aspek.
         I.            POLITIK
o   Menjadi ketua dan pemimpin kepada keluarga.
o   Melahirkan bakal pemimpin atau pelapis negara.
o   Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada bangsa dan negara, menyediakan anggota tentera untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

       II.            EKONOMI
o   Menyediakan tenaga kerja dalam negara.
o   Menyediakan pengguna dan pembeli barang untuk mengembangkan ekonomi negara selain meluaskan pasaran pengguna.

     III.            SOSIAL
o   Melahirkan zuriat bagi mengembangkan unit keluarga.
o   Memenuhi tuntutan agama bagi mendirikan keluarga secara sah.
o   Menggelakkan gejala tidak sihat seperti anak luar nikah, bersekedudukan dan pembuangan bayi.
o   Menambahkan rakyat dalam sesebuah negara

HUBUNGAN KEKELUARGAAN DALAM INSTITUSI KELUARGA
Faedah mengadakan sambutan hari khas dalam keluarga
-Mengeratkan hubungan kekeluargaan.
-Menyuburkan kasih sayang antara anggota keluarga.

Kesan amalan berkongsi suka duka dalam keluarga
Aspek
1. Emosi individu
2. Hubungan kekeluargaan
3. Pengalaman yang didapati
Kesan
1.Stabil dan rasa dihargai dan diperlukan dalam sesebuah keluarga
2.Berguna pada diri sendiri dan keluarga untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
3.Menjadi semakin erat dan kukuh
MANFAAT MEMBERI SOKONGAN KEPADA ANGGOTA KELUARGA
-Memberi keyakinan bahawa setiap anggota keluarga akan sentiasa berada di sisi pada masa susah atau senang.
-Menyuburkan kasih sayang antara anggota
-Memberi kestabilan emosi kepada anggota keluarga yang menghadapi masalah atau kekeliruan dalam membuat pilihan
-Dapat memberi panduan dan tunjuk ajar berguna untuk menyelesaikan masalah.

KEPENTINGAN SOKONGAN MORAL ANGGOTA KELUARGA TERHADAP SESUATU KEJAYAAN ATAU KEDUKAAN SESEBUAH KELUARGA:
-Memberi semangat ketika menghadapi masalah
-Sebagai tanda setia bersama walaupun waktu susah atau senang
-Keperluan emosi individu terhadap orang yang disayangi dalam keluarga.
KESAN SEKIRANYA TIDAK MENDAPAT SOKONGAN ANGGOTA KELUARGA APABILA MENGHADAPI MASALAH
-Sukar menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi
-Banyak halangan yang akan dihadapi sebelum menemui kejayaan

KEBAIKAN AKTIVITI KELUARGA
-Dapat menjalinkan hubungan yang erat dan mesra di kalangan anggota keluarga
-Mengetahui minat dan perangai setiap anggota keluarga dengan lebih mendalam

No comments:

Post a Comment